Kilang kitar semula barangan getah, plastik terbakar 80 peratus

IPOH – Sebuah kilang kitar semula barangan getah dan plastik jenis terbuka di Kawasan Perindustrian Tung Zen, Simpang Pulai di sini, terbakar pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.14 pagi dan kebakaran itu tidak melibatkan mangsa.

“Sebaik sampai di lokasi, kami mendapati kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kilang terbabit terbakar dan kerja operasi pemadaman dijalankan.

“Tindakan yang dilakukan adalah dengan melakukan operasi pemadaman menggunakan empat aliran dan lapan pancutan sumber air dari pili bomba, tangki air dan jentera bomba sehingga kebakaran dapat dikawal.

“Operasi terkawal pada jam 11 pagi dan tindakan pemadaman kini telah memasuki fasa ‘overhaul‘,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Pasir Putih dan Gopeng terlibat dalam operasi pemadaman. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Makmal komputer SMK Bawong terbakar 50 peratus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI