Barisan Nasional (BN) akan terus mempertahankan kepentingan bersama dalam meneruskan Kerajaan Perpaduan bagi mengemudi kepimpinan sama ada di peringkat negeri mahupun negara.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, hakikat politik semasa yang kini berubah memerlukan BN untuk terus mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan gabungan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).