IPOH – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersetuju parti itu menyuburkan program pengkaderan dan pemahaman politik dalam kalangan anak muda di negeri ini.
Menurut beliau, ia bertujuan memberi keyakinan kepada golongan muda bahawa idea dan pandangan mereka benar-benar didengar dan dihargai.
Jelas Saarani lagi, situasi berkenaan turut memberi ruang dan peluang kepada golongan muda memahami dasar-dasar kerajaan, selain menyelami peranan penting BN dalam mencorakkan masa depan negeri dan negara. -MGPerak