IPOH – Seorang lelaki warganegara Pakistan maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas lalu melanggar sebatang pokok sawit di Jalan Kampung Bali, Batu Gajah, pada Isnin.
Mangsa, dikenali sebagai Abdul Hameed Abdul Majeed, 54, disahkan maut dilokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar pada jam 9.58 pagi.
Menurut beliau, sepasukan anggota terdiri daripada 10 orang digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.11 pagi.
“Setibanya dilokasi terdapat kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan melanggar pokok sawit dengan seorang mangsa lelaki warga Pakistan berusia lingkungan 54 tahun.
“Ketua operasi kemudiannya melaksanakan ‘size up’ dan seterusnya mengaplikasikan konsep ‘SAVER’ dengan mengarahkan anggota membuat kerja penyelamatan menggunakan ‘hydraulic cutter’ bagi membuka pintu kereta yang terkunci,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan stretcher setelah diperiksa dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan KKM,
Katanya mayat mangsa diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 10.50 pagi. -MG Perak
Artikel Berkaitan:
3 warga Pakistan maut dalam perjalanan tunai solat sunat Aidilfitri