Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM3.24 juta

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada lapan syarikat korporat berjumlah RM3.24 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad yang diwakili oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah zakat dengan jumlah RM355,528.

Katanya, penyerahan seterusnya oleh Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar Operasi, Mohd Khairiri Mohamed Zubir berjumlah RM215,840.

Menurut beliau ia kemudian, diikuti Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Amirul Hakim Abdullah dengan zakat berjumlah RM1.099 juta

“Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwakili oleh Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan jumlah RM100,000.

“Juga UAC Berhad diwakili oleh Pengurus Besar, Hal Ehwal Kawal Selia dan Pengurusan Pemegang Taruh, Mohd Najib Mohd Seth dengan zakat berjumlah RM 576,015), serta Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili Pengerusi, Salleh Hudin Kamarudin (RM582,424),” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Tambah Syamsul Hazeman, sementara Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak yang diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Mohd Zamnuri Abidin menyerahkan zakat bernilai RM186,942.

Ujar beliau, Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar, Muhammad Tareq Mamat pula menyerahkan zakat dengan jumlah RM124,000.

Majlis penyerahan turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin dan Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MAIPk agih RM138.47 juta dana zakat kepada asnaf

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI