Perak mengalu-alukan pelabur dari Cape Town

IPOH – Kerajaan Negeri Perak amat mengalu-alukan komuniti perniagaan dan perusahaan di Cape Town, Afrika Selatan untuk meneroka sebarang peluang kerjasama strategik dan pelaburan di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ahli perniagaan dan penggiat industri di bandar raya tersebut turut menunjukkan minat selepas beliau mengadakan perkongsian mengenai projek yang sedang dibangunkan di Perak.

“Saya meneruskan agenda Lawatan Kerja di Cape Town dengan bertemu komuniti perniagaan di kediaman Mansur Abdul Qadir Royker bersama ahli-ahli perniagaan dan penggiat industri tempatan di sini.

“Justeru, saya mengambil peluang untuk berkongsi dasar serta inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri termasuk pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang sedang giat dibangunkan di Perak.

“Mereka turut menyatakan minat dan kesudian mereka untuk bekerjasama serta ingin memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Cape Town dan Perak,” katanya menerusi hantaran pada laman Facebook, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengasas merangkap Presiden Institut Madina, Syaikh Muhammad Yahya Al Ninowy.

Turut bersama pada pertemuan itu adalah delegasi kerajaan negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah serta Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.

Sehubungan itu, Saarani berharap segala usaha yang dilaksanakan ini mampu beri manfaat besar kepada negeri ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak-Cape Town setuju secara dasar teroka peluang kerjasama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI