Lebih 150 rakyat Malaysia masih dikurung sindiket pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama lebih 50 waris mangsa sindiket pemerdagangan manusia menggesa kerajaan Thailand bertindak tegas dengan mengawal ketat kawasan persempadanan di Myanmar dan Laos.

Ini kerana difahamkan masih ada sekitar 150 mangsa dalam kalangan rakyat tempatan yang terperangkap dan terkurung selepas ditipu sindiket tersebut melalui pelbagai cara termasuklah menawarkan pekerjaan di luar negara dengan tawaran lumayan.

Menurut Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, pihaknya kini terpaksa memohon bantuan daripada Thailand kerana negara itu yang dijadikan sebagai transit sindiket pemerdagangan manusia di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.

“Sindiket ini tidak boleh masuk ke Myanmar tanpa melalui Thailand. Kita tampil menyerahkan permohonan hari ini kepada kedutaan ini kerana mahu campur tangan tegas daripada kerajaan ini.

“Dalam permohonan ini, kita sudah serahkan pelbagai maklumat termasuklah senarai nama, maklumat peribadi, laporan polis dan lokasi membabitkan rakyat Malaysia yang terperangkap di Myanmar.

“Tapi pada masa sama, kita puji kerana dapat maklumat kerajaan Thailand telah memotong bekalan elektrik sindiket berkenaan namun kita minta sesuatu juga dilakukan untuk selamatkan rakyat kita di sana,” katanya selepas menyerahkan surat permohonan rasmi kepada Menteri Konsulat Kedutaan Besar Diraja Thailand, Adittha Buakhamsi.

Hishamuddin mendedahkan, setakat ini lebih 300 mangsa sudah diselamatkan dan sekurang-kurangnya 150 masih terperangkap dan menanti untuk diselamatkan.

“Kita mohon kepada kerajaan Thailand sebagai atas nama kemanusiaan dan atas nama semangat ASEAN untuk menjadikan rantau ini sebagai rantau yang selamat,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI