Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam sungai di Taiping

TAIPING – Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan tersangkut pada longgokan sampah di tebing Sungai Jebong berhampiran Jalan Izzudin Shah, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 6.45 petang.

Katanya, sejurus selepas itu seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa lelaki dewasa telah ditemukan dalam sungai oleh orang awam. Pasukan bomba yang berada di lokasi turun ke tebing sungai untuk membawa mangsa naik ke atas tebing,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibungkus oleh pasukan bomba dengan menggunakan bag mayat bagi memudahkan mayat dibawa naik ke atas tebing.

“Setelah dibawa naik, pihak polis membuat siasatan dan pemeriksaan namun tiada pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa. Mayat mangsa kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Norhisham Abd Rashid itu tamat pada jam 7.30 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki rentung ditemukan di ladang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI