Papan tanda Mydin Meru Raya terbakar 10 peratus

IPOH – Papan tanda pasar raya Mydin Meru Raya di Bandar Meru Raya, dekat sini terjejas selepas mengalami kebakaran, pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.32 malam.

Katanya, sejurus selepas itu 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan BBP Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

Mydin meru raya papan tanda kebakaran bomba operasi pasar raya bangunan
Operasi pemadaman api pada papan tanda pasar raya Mydin Meru Raya yang mengalami kebakaran 10 peratus. Foto Bomba Perak

“Paapan tanda Mydin Meru Raya di luar bangunan mengalami kebakaran 10 peratus. Kejadian tidak melibatkan mangsa.

“Operasi pemadaman telah selesai, dan hasil siasatan awal mendapati kebakaran hanya melibatkan struktur luar bangunan. Bagaimanapun pemeriksaan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Yusop Saleh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cuai dipercayai punca kebakaran 12 motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI