Video tular ritual keagamaan: JPM, pihak berkuasa sedang ambil tindakan – Zulkifli

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri  (JPM) (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama-sama pihak berkuasa berhubung penularan beberapa rakaman video yang didakwa memaparkan seorang individu beragama Islam terlibat dalam ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pihaknya mengambil maklum rakaman berkenaan turut dikaitkan dengan perlakuan unsur pemujaan dan penggunaan mantera tertentu.

“Tindakan sewajarnya sedang diambil bersama-sama pihak berkuasa bagi membolehkan penelitian, siasatan dan tindakan lanjut dilaksanakan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan tegas dalam memelihara kesucian akidah umat Islam dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan yang terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

“Sebarang tindakan akan berasaskan fakta dan hasil siasatan pihak berautoriti demi memelihara keadilan serta keharmonian masyarakat,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI