Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak menyambut baik keputusan kerajaan yang menyelaraskan harga lantai belian padi RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik.
Pengerusinya, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pihaknya menyifatkan kadar itu sebagai memadai berdasarkan situasi semasa serta dalam memastikan kestabilan harga beras di pasaran. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak