Seramai 702 pesawah di Negeri Perak boleh menarik nafas lega selepas menerima bantuan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) berjumlah RM812,081 susulan banjir dan kemarau dihadapi mereka tahun lalu.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, bencana itu menjelaskan sawah di kawasan seluas 778.15 hektar dengan melibatkan daerah Hilir Perak, Kerian dan Perak Tengah. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak