MGPerak: 86 Aduan Rasuah Babitkan Anggota, Pegawai Polis

90

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman hanya menerima sebanyak 86 aduan berkaitan rasuah membabitkan anggota dan pegawai polis sepanjang tahun lalu.

Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, jumlah itu bersamaan dengan 1.28 peratus daripada 6,696 jumlah keseluruhan aduan dan maklumat yang diterima membabitkan warga PDRM.

Katanya, walaupun jumlah itu disifatkan sebagai kecil namun ia memberikan kesan dan gambaran negatif berkaitan integriti PDRM terhadap masyarakat umum. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini