Gaji lewat punca pekerja kilang merusuh di Pokok Sena

KUALA LUMPUR – Rusuhan sekumpulan pekerja asing di sebuah kilang yang video kejadian itu tular di laman sosial sejak malam tadi berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana lewat dibayar gaji.

Kejadian itu berlaku pukul 12.05 tengah hari semalam di sebuah kilang di Pokok Sena, Kedah, melibatkan pekerja kumpulan asing terbabit dengan dua penyelia kilang berkenaan.

Situasi tegang termasuk insiden tolak-menolak itu menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pukul 1.05 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

“Siasatan awal mendapati rusuhan berpunca daripada isu kelewatan pembayaran gaji pekerja yang dimaklumkan oleh pihak syarikat sebelum itu.

“Kita sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Siti Nor Salawati menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai insiden berkenaan bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Keadaan kini terkawal dan difahamkan pihak syarikat telah menyelesaikan isu pembayaran gaji pekerja terbabit,” tambahnya.

Terdahulu, video kejadian itu yang berdurasi satu 11 minit mendapat perhatian ramai selepas tular di media sosial TikTok. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI