Pemandu maut, penumpang cedera kereta terbabas langgar pembahagi jalan atas jambatan

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di atas sebuah jambatan di Jalan Persekutuan Trolak Pekan, Slim River, di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.17 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River kemudiannya digerakkan ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di atas jambatan.

“Dua mangsa lelaki ditemukan dalam kenderaan tersebut iaitu pemandu berusia 29 dan penumpang berumur 22 tahun.

“Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bertindak mengeluarkan mangsa maut menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah berjaya keluar sendiri dari kenderaan terbabit sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan.

“Mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 1.08 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga maut, sembilan cedera kemalangan libat 12 motosikal, tiga kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI