Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada 9.57 pagi dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM hari ini merupakan kali kelima bagi tujuan memberi keterangan.

Beliau sepatutnya hadir memberi keterangan semalam namun ditangguhkan atas sebab yang tidak jelas.

Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Isnin lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata beberapa fail baharu dibuka berhubung siasatan terhadap Ismail Sabri susulan maklumat dan hasil risikan terbaharu pihaknya, dan terdapat banyak lagi perkara yang perlu diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Pada 3 Mac lepas, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri ialah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang dan 16 kilogram jongkong emas di dalam sebuah safe house, hasil serbuan SPRM.

 

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI