Wisma Putra gesa rakyat Malaysia segera tinggalkan Sudan Selatan

KUALA LUMPUR- Kementerian Luar Negeri menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Sudan Selatan untuk membuat persiapan bagi meninggalkan negara tersebut dengan segera, sementara penerbangan komersial masih beroperasi.

Ia susulan perkembangan terkini dan risiko yang semakin meningkat yang menjejaskan tahap keselamatan di negara tersebut.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia, di samping terus menyelaras dengan pihak berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan status 18 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berkhidmat di bawah United Nations Police (UNPOL).

“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

“Kementerian ini juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk tidak melakukan sebarang perjalanan ke Sudan Selatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya Wisma Putra akan terus memantau situasi tersebut dengan teliti dan memberikan sebarang perkembangan lanjut sekiranya perlu.

Suruhanjaya Tinggi boleh dihubungi melalui butiran berikut:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI NAIROBI, KENYA

Alamat: 611, Runda Grove, Runda, P.O. Box 42286-00100, Nairobi
Nombor telefon: +254 111 052710 (pejabat) +254 741 603952 / +254 704 770367 (telefon bimbit)
Emel: mwnairobi@kln.gov.my

-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI