Kerajaan Negeri Perak tidak lepas tangan sebaliknya sentiasa membuka ruang bagi menerima pelbagai pandangan berhubung isu berkaitan pelaksanaan sistem laluan sehala bagi penyuraian trafik di pekan Tapah.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasil libat urus dengan Kementerian Kerja Raya dan agensi terlibat sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan melibatkan dua fasa pada tahun ini.
Katanya, fasa pertama membabitkan kerja-kerja penambahbaikkan laluan sehala sedia ada di pekan Tapah yang akan bermula pada 7 April dijangka siap pada 30 April ini. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #tapah