BN beri tumpuan santuni pengundi kelabu – Mohamad

TAPAH – Barisan Nasional (BN) akan menyantuni lebih ramai pengundi kelabu terutamanya golongan muda bagi memastikan kemenangan calonnya Dr Mohamad Yusri Bakir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning, 26 April ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bertujuan untuk memberi penerangan kepada golongan berkenaan supaya tidak terpengaruh dengan isu yang dimainkan pembangkang.

“Pengundi kelabu ramai orang muda, mereka belum pernah mengundi lagi jadi dia hendak dengar dan lihat sokongan dan kita mesti terangkan isu yang ada untuk mereka faham.

“Anak muda ini juga selalunya hendak tahu dan kepastian sebelum mereka memberi mandat kepada calon parti mana untuk di undi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turun padang meninjau gerak kerja jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu Tiga di sini, pada Khamis.

Tambah Mohamad, dirinya sendiri akan turun bertemu pengundi kelabu menggunakan kaedah diaolog dalam menjawab sebarang pertanyaan mereka mengenai isu semasa yang dimainkan pihak lain.

“Kita akan jumpa pengundi kelabu yang terasing dan masih di atas pagar. Pengundi ini yang perlu kita dekat kerana ada isu yang menganggu sokongan dan pemikiran mereka kepada BN.

“Saya sendiri akan jumpa (pengundi kelabu) dan saya suka berdialog tidak suka bersyarah. Saya akan jawab sebanyak mungkin daripada mereka terutamanya mengenai isu UMDAP yang dimainkan,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 59, pada 22 Februari lepas akibat serangan jantung.

Pertandingan tiga penjuru itu menyaksikan pertembungan antara Ustaz Yusri mewakili BN, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). -MG Perak

Artikel  Berkaitan:

Ahmad Maslan Bantu Kempen Calon BN #PRKAyerKuning

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI