SPRM Perak perkukuh hubungan strategik bersama pengamal media

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak terus memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media menerusi sempena Program Santai Media bersama Pengarah SPRM Perak di Pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Program tersebut bertujuan mengeratkan hubungan antara SPRM Perak dengan pengamal media khususnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan rasuah kepada masyarakat secara tepat, telus dan bertanggungjawab.

Kerjasama erat antara kedua-dua pihak juga penting dalam membentuk masyarakat yang lebih peka terhadap isu rasuah, berani menolak salah laku serta memahami kepentingan melaporkan perbuatan rasuah melalui saluran yang betul.

Pada program tersebut, pengamal media telah diberikan penerangan serta diberi peluang melihat sendiri lokasi yang digunakan ketika penahanan suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.

SPRM Perak perkukuh hubungan strategik bersama pengamal media
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Azizul Ahmad Sarkawi (tengah) ketika sesi bergambar bersama pengamal media Perak pada Program Santai Media bersama SPRM Perak di Pejabat SPRM Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 OKTOBER 2026.

Selain itu, turut diadakan Bicara Santai SPRM dan Media: Isu, Cabaran dan Persepsi pada Sesi Dialog bersama Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) bagi membincangkan perkara berkaitan pihak media dengan SPRM.

Bicara santai itu diterajui moderator, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff bersama dua panel iaitu Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi dan Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Syed Idris.

Selepas selesai, pengamal media bersama SPRM mengadakan Program Gerak Mesra bersama Media iaitu perlawanan persahabatan badminton dan ping pong.

Menerusi program seumpama itu, hubungan dua hala antara SPRM dan pihak media dapat diperkasakan melalui komunikasi yang lebih terbuka dalam membantu memastikan penyampaian maklumat kepada masyarakat dilaksanakan secara berkesan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SPRM Perak perkukuh pendekatan antirasuah belia menerusi teknologi digital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI