Takut ke dengan Dr. Akmal ini?

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan tindakan parti lawan yang menggunakan gambar beliau dalam poster kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurutnya, gambarnya itu digunakan meskipun beliau tidak bertanding pada PRK tersebut dengan tulisan dalam bahasa Mandarin yang antara lain bermaksud `Undi Barisan Nasional (BN) adalah sama dengan undi Dr. Akmal’.

“Kenapa perlu letak muka saya dan perlu letak tulisan Cina yang membawa maksud sedemikian? Takut ker dengan Dr. Akmal ni?

“Tidak perlu takut dengan saya selagi mana kamu tidak menyentuh agama, bangsa dan raja-raja yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia saya pun tidak akan menyentuh kamu,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam ini.

Menerusi hantaran sama, Dr. Muhamad Akmal turut memuat naik gambar poster calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS yang turut bertanding pada PRK DUN Ayer Kuning yang menggunakan wajahnya.

Sementara itu, tegas Dr. Muhamad Akmal, sekiranya mana-mana pihak dengan berani menyentuh walaupun sedikit isu yang dibangkitkan, Pemuda UMNO tidak akan berganjak seinci sekalipun untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

“Ingatkan peguam faham perlembagaan tetapi sayang retorik juga rupanya…,” katanya.

Sementara itu, Dr. Muhamad Akmal menasihatkan pengundi DUN Ayer Kuning supaya tidak risau untuk mengundi BN yang telah terbukti tidak retorik dalam menjaga agama bangsa dan tanah air.

“Siapa sekalipun yang sentuh tidak kira kawan mahupun lawan, kami akan lawan. Kempenlah secara sihat ya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI