MGPerak: Nilai Pembangunan KIC RM700 Juta, Tawar 12,000 Peluang Pekerjaan Di Kerian

1

Pembangunan Kerian Industrial City (KIC) bernilai sekitar RM700 juta dijangka membuka hampir 12,000 peluang pekerjaan, sekali gus memperkukuh kedudukan Perak sebagai antara destinasi pelaburan perindustrian di Semenanjung.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan di kawasan seluas 116.15 hektar itu dilaksanakan dalam empat fasa sepanjang tempoh 10 tahun, dengan fasa pertama dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, KIC turut menyediakan peluang kepada pelabur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), vendor serta industri sokongan untuk mengembangkan operasi di daerah Kerian. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #KerianIndustrialCity

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini