MGPerak: Translokasi Gajah Liar Di Sungai Siput Sukar Berikutan Muka Bumi Mencabar

9

SUNGAI SIPUT – Usaha memindahkan gajah liar yang mengancam tanaman kelapa sawit pekebun di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Kampung Perlop 1, di sini, berdepan kesukaran berikutan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau serta kekangan akses bagi kenderaan untuk menjalankan operasi penangkapan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, pihaknya berdepan kekangan untuk melaksanakan translokasi berikutan ketiadaan kawasan bersesuaian di negeri itu bagi menempatkan gajah yang ditangkap. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini