MGPerak: Pekebun Sawit Terjejas Serangan Gajah Liar Boleh Mohon BKHT – Exco

55

SUNGAI SIPUT – Pekebun kelapa sawit di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Kampung Perlop 1, di sini, yang berdepan kemusnahan tanaman akibat ancaman gajah liar boleh mendapatkan bantuan ihsan menerusi Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman (BKHT).

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, bantuan menerusi penyelarasan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu bagi membantu pekebun dan penternak yang terjejas akibat serangan hidupan liar.

Menurutnya, bantuan berkenaan bukan berbentuk ganti rugi, sebaliknya bantuan ihsan bagi meringankan beban pemilik ladang kelapa sawit, dusun serta penternak yang mengalami kerugian akibat serangan haiwan liar. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini