MGPerak: Arkib Negara Galak Masyarakat Serah Bahan Warisan Untuk Dipelihara

1

Arkib Negara Malaysia menggalakkan orang ramai, khususnya pemimpin komuniti, pengamal adat, pertubuhan masyarakat dan keluarga, supaya memainkan peranan menyelamatkan bahan warisan yang masih tersimpan dalam simpanan masing-masing.

Ketua Pengarahnya, Zaidin Mohd Noor berkata, usaha itu penting bagi memastikan khazanah sejarah, budaya dan kearifan tempatan terus dipelihara serta dapat dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dan penyelidikan generasi akan datang.

Menurutnya, bahan warisan boleh dikumpulkan melalui pendokumentasian sejarah lisan, termasuk pengalaman dan perkongsian masyarakat, selain penyerahan dokumen serta bahan sejarah kepada institusi berkenaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #arkibnegara #warisannegara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini