MGPerak: 15 Individu Termasuk OKU Dakwa Ditipu Tawaran Sijil SKM, Kerugian Hampir RM30,000

5

IPOH – Seramai 15 individu dari Kedah, Perak dan Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian hampir RM30,000 berhubung tawaran program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikaitkan dengan sebuah akademi, termasuk seorang pengadu orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Jurucakap pelajar dan tenaga pengajar, Nor Azliza Mohd Azman, 47, berkata, kesemua individu terbabit mendakwa telah membuat pembayaran bagi menyertai program berkenaan, namun masih belum memperoleh penjelasan memuaskan mengenai status pelaksanaannya.

Menurutnya, sebahagian pengadu mempunyai rekod transaksi bank sebagai bukti pembayaran, tetapi tidak menerima resit rasmi bagi urusan kewangan yang dilakukan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini