Jumlah mangsa banjir di Perak menurun malam ini

IPOH – Situasi banjir di daerah Larut Matang dan Selama semakin pulih apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 54 orang daripada 14 keluarga, setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menurun berbanding 100 mangsa daripada 29 keluarga, semalam.

“Penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor masih berlindung di PPS SK Matang Gelugor,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, PPS SK Matang Susulan masih menempatkan 55 mangsa daripada 20 keluarga susulan kejadian ribut yang menjejaskan penduduk di Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.

 

— BERNAMA

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI