TANJUNG MALIM – Seramai 300 masyarakat India dari golongan kurang berkemampuan di daerah Muallim menerima bantuan kotak makanan menerusi program Sentuhan Kasih, Jalinan Budi Komuniti sempena sambutan Deepavali pada bulan depan.
Pengerusi bersama program, Datuk Mohd Zaidi Aziz berkata, program anjuran Pejabat Daerah Muallim dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) bertujuan menyantuni masyarakat India, khususnya golongan memerlukan, selain mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan rakyat berbilang kaum. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





