TANJUNG MALIM – Kerajaan Negeri Perak mengaktifkan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) bagi memantau perkembangan bencana serta menyelaras tindakan agensi berkaitan susulan kejadian ribut dan banjir yang melanda daerah Larut, Matang dan Selama serta Manjung.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pusat yang beroperasi sejak jam 9 pagi semalam itu akan dilaksanakan selama 24 jam sekiranya bencana melibatkan lebih daripada tiga daerah. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





