MGPerak: Jerebu Penangguhan UPKK, SPM Diteliti Jika Perlu – Exco

9

IPOH – Sebarang keputusan berhubung kemungkinan penangguhan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan keadaan jerebu akan diteliti oleh agensi berkaitan sekiranya keadaan semasa memerlukan tindakan sedemikian.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, setakat ini, sesi persekolahan di negeri itu berjalan seperti biasa susulan penurunan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat stesen pemantauan.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut mengeluarkan status terkini IPU bagi bandar-bandar di Perak setiap hari bagi memantau perkembangan keadaan jerebu. – MGPerak

 

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini