Suami isteri warga emas maut, motosikal dirempuh kereta

KUALA KANGSAR – Sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer (km) 64 Jalan Ipoh-Taiping, berhampiran Bukit Berapit di Padang Rengas, dekat sini, pada Selasa.

Dalam nahas jalan raya itu, mangsa, dikenali sebagai Amir Sharifuddin Md Zahari, 68, dan Harirah Mahmud @ Abdul Samad, 68, disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu daripada orang awam, kira-kira pada jam 10.30 pagi.

Kemalangan maut Kuala Kangsar Suami isteri maut dirempuh kereta Motosikal dirempuh kereta Warga Emas Nahas Jalan Ipoh-Taiping Kemalangan Bukit Berapit Padang Rengas Warga emas maut kemalangan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kilometer (km) 64 Jalan Ipoh-Taiping, berhampiran Bukit Berapit di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Foto Ihsan Pembaca.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng wanita dari arah Taiping ke Kuala Kangsar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Yaris dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Heisham berkata, susulan daripada pelanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal warga emas berkenaan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Kata beliau, sementara pemandu dan penumpang kereta bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan maut Kuala Kangsar Suami isteri maut dirempuh kereta Motosikal dirempuh kereta Warga Emas Nahas Jalan Ipoh-Taiping Kemalangan Bukit Berapit Padang Rengas Warga emas maut kemalangan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan
Pemandu kereta Toyota Yaris yang berusia 51 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan nahas jalan raya yang mengorbankan pasangan suami isteri warga emas di kilometer (km) 64 Jalan Ipoh-Taiping, berhampiran Bukit Berapit di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Foto Ihsan Pembaca.

Tambah Heisham, pemandu kereta Toyota Yaris yang berusia 51 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai berkenaan nahas jalan raya itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Polis Daerah Kuala Kangsar, Inspektor Nadiah Radenan di talian 017-5491475 atau 05-7762222.

“Kami menyeru orang ramai untuk sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan lebih berhati-hati terutama di kawasan berisiko,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga maut, kereta terbabas langgar pembahagi jalan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI