Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli memakluman bahawa beliau tidak akan merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 21 Mei ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah sulit kerana surat pemakluman hanya dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan salinan kepada Setiausaha Agung, Fuziah Salleh.
Rafizi meluahkan rasa kesal kerana kandungan surat sulit itu telah dibocorkan kepada umum, walaupun ia hanya ditujukan kepada dua individu dalam parti selain mempersoalkan pihak yang menyebarkan maklumat tersebut. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak