MGPerak: ‘Babah Sudah Dekat Syurga’ – Anak Anggota FRU

210

IPOH – Meskipun seminggu berlalu, namun perasaan rindu terhadap insan tersayang yang terbabit dalam nahas jalan raya mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, sekelumit pun tidak pudar hingga ke saat ini.

Noor Hasliza Mohd Hadzri, 32, berkata, kedua-dua anak, Mohamad Adam Harris, enam tahun, dan Nur Aqeela Nadine, setahun, menunjukkan reaksi seolah-olah masih merindukan dakapan daripada ayah, Allahyarham Koperal Muhamad Akmal Muhamad.

Dia yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memberitahu, walaupun emosi anak sulungnya stabil, namun ada kalanya dia lebih mendiamkan diri. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini