KUALA LUMPUR – Polis sahkan menerima makluman anjuran himpunan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO), Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penganjur memberi makluman tersebut di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Pihak polis mengambil maklum pemakluman perhimpunan ini dan masih dalam proses perbincangan dengan pihak penganjur,” katanya menerusi kenyataan.
Baru-baru ini dilaporkan, sekretariat gabungan NGO Malaysia bakal mengadakan Himpunan Melayu Berdaulat di pekarangan Kompleks Sogo, Sabtu ini.
Himpunan Melayu berdaulat itu diadakan dengan tujuan untuk menyuarakan kepentingan orang Melayu-Islam yang didakwa semakin terhakis.
Dalam masa yang sama, himpunan itu bukan sahaja untuk mempertahankan hak majoriti orang Melayu-Islam malah turut melibatkan pelbagai kaum yang rasa tertekan dan tertindas.-MalaysiaGazette
Bagikan info yg lebih detail,tepat dan padat.
Info yg benar,tulus dan ikhlas