Irene Sofiya dibunuh? 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi ini

BATU PAHAT – Polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes kematian pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, yang ditemukan di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat sini, petang semalam.

Ketiga-tiga pelajar yang dipercayai bersekolah di sekolah sama dengan mangsa ditahan beberapa jam selepas Irene Sofiya, 16, ditemukan kira-kira pukul 5.30 petang.

Seorang daripada pelajar terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pagi ini bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu polis melengkapkan siasatan.

Perkembangan mengenai tangkapan itu memaklumkan polis dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian semalam, Irene Sofiya ditemukan di kawasan dewan sekolah selepas tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan.

Artikel berkaitan: https://malaysiagazette.com/2026/10/04/pelajar-ditemui-mati-disyaki-dibunuh-dalam-sekolah/

Difahamkan, nenek mangsa datang ke sekolah untuk mencarinya selepas dimaklumkan cucunya masih belum pulang.

Mangsa kemudiannya ditemukan di kawasan sekolah sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa. Laporan media pagi ini menyebut mangsa ditemukan dalam keadaan cedera dan berlumuran darah.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian mangsa.

Setakat ini, motif kejadian dan tahap penglibatan ketiga-tiga pelajar yang ditahan belum diumumkan secara rasmi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI