IPOH – Kerajaan Perak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM450 juta susulan lawatan kerja ke tiga negara Eropah iaitu Perancis, Belgium dan United Kingdom (UK) pada 9 hingga 18 Mei lalu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Misi Pelaburan Kerajaan Negeri Perak itu bermula di Perancis melibatkan syarikat Saint-Gobain iaitu peneraju global dalam industri bahan binaan.
Menurutnya, syarikat berkenaan telah mengumumkan pelaburan tambahan melebihi RM200 juta di Taman Perindustrian Kanthan, Chemor. – MGPerak