Penjawat awam perlu beramanah, tingkat pelbagai kemahiran

IPOH – Seorang penjawat awam harus menggalas tanggungjawab dengan penuh integriti, amanah, profesionalisme serta rasa tanggungjawab terhadap rakyat dan negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, di samping itu, penjawat awam juga perlu memiliki kemahiran yang pelbagai sebagai persediaan mendepani dunia kerjaya yang semakin mencabar.

Katanya, ia termasuk kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu dari literasi digital, komunikasi berkesan, sehingga kepada kecekapan emosi.

Penjawat awam berintegriti kemahiran penjawat awam, integriti penjawat awam, Perak Sejahtera 2030, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perak, Saarani Mohamad penjawat awam, profesionalisme sektor awam, ekonomi digital negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Hotel AC, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

“Kita bukan sahaja perlu cekap, malah bijak menyesuaikan diri dengan keperluan zaman. Tuntutan ini menjadi semakin penting apabila kita melihat hala tuju pembangunan negeri.

“Seiring dengan matlamat Perak Sejahtera 2030, negeri ini sedang bergerak ke hadapan dalam pelbagai sektor, antaranya keselamatan makanan, perlombongan mampan, ekonomi digital, dan pelaburan berimpak tinggi.

“Semua ini memerlukan penjawat awam yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga tangkas, cekap dan berwibawa,” katanya.

Penjawat awam berintegriti kemahiran penjawat awam, integriti penjawat awam, Perak Sejahtera 2030, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perak, Saarani Mohamad penjawat awam, profesionalisme sektor awam, ekonomi digital negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Hotel AC, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak 2024 di AC Hotel By Marriott dekat sini, pada Isnin.

Antara hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Pada majlis, seramai 64 penerima APC dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta tujuh penerima APC dari Pejabat Kewangan Negeri diraikan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan Anugerah Khas kepada Ketua Unit Protokol dan Istiadat Negeri, Azahari Effendy Abd Rahim pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Hotel AC, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025.

Selain penyerahan APC kepada dua penerima yang telah menamatkan perkhidmatan mereka secara bersara wajib, majlis turut menyampaikan Anugerah Khas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada Azahari Effendy Abd Rahim.

Ketua Unit Protokol dan Istiadat Negeri Perak itu menerima piala serta wang tunai berjumlah RM1,000.

Dalam pada itu Saarani berkata, saranan untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai kemahiran juga adalah sebahagian langkah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan penjawat awam kekal relevan dan berkesan kepada rakyat.

Kata beliau, ia penting kerana ketika ini kerajaan negeri sedang giat meneroka hasil baharu dan mengembangkan sektor ekonomi biru, ekonomi hijau, ekonomi digital dan ekonomi penjagaan yang kesemuanya menuntut peranan aktif penjawat awam.

Suasana sekitar Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Hotel AC, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2025

“Setiap kerja yang kita lakukan bukanlah semata-mata tanggungjawab dalam kerjaya, sebaliknya satu tuntutan ibadah dan amal bakti yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat termasuk ahli keluarga, sahabat serta jiran tetangga.

“Jangan kita cepat berpuas hati atau berada di zon selesa sebaliknya sentiasa bersyukur dan berhemah, untuk menyantuni orang ramai agar kita dapat memperbaiki kualiti diri dan penyampaian perkhidmatan awam,” ujar beliau.

Sementara itu Ahmad Suaidi dalam ucapan turut menekankan agar penjawat awam negeri perlu bersedia melangkaui kebiasaan, memperkasa kemahiran serta menjunjung integriti mampu mendepani cabaran semasa.

Ujar beliau, setiap anggota penjawat awam berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan dan agen penambahbaikan dalam sistem perkhidmatan awam.

“Untuk itu, pelaburan dalam pembangunan kompetensi, pemupukan nilai profesionalisme, serta pembudayaan inovasi dan teknologi perlu terus dipertingkatkan.

“Kecemerlangan bukan sesuatu yang berlaku secara spontan, sebaliknya ia juga menuntut usaha berterusan, semangat berpasukan dan keberanian untuk berinovasi serta keluar daripada zon selesa,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam Perak terima ‘duit raya’ RM1,500

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI