Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2026

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, di sini pada Khamis.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda berdua ke majlis, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada penerima ketika berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OKTOBER 2026.

Majlis yang dianjurkan JAIPk itu sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik dan institusi pendidikan Islam yang memberikan sumbangan terhadap kecemerlangan pendidikan Islam di negeri ini.

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan 10 anugerah yang merangkumi pelbagai kategori kepada 124 penerima dalam penganjuran majlis yang berlangsung pada edisi ke-13 itu.

Mendahului senarai penerima adalah 23 individu yang menerima Anugerah Sijil Pengajian Masjid, Anugerah Sekolah Terbaik kepada tujuh penerima, serta Anugerah Pengurusan Terbaik kepada tiga penerima.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak sampaikan anugerah pendidikan 124 penerima anugerah pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Perak JAIPk pelancaran manual MUKMIN Perak Anugerah Pendidikan Islam Perak 2026, Majlis Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak, anugerah pendidikan Islam negeri Perak Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OKTOBER 2026.

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Murid Terbaik, Hafiz Muda dan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) masing-masing kepada tujuh, 30 serta 45 penerima.

Sultan Nazrin berkenan menyampaikan Anugerah Guru Cemerlang dan Penyelia Cemerlang masing-masing dua penerima, serta tiga penerima Anugerah Jasamu Dikenang.

Baginda juga berkenan menyampaikan Anugerah Khas Pendidik kepada dua penerima iaitu, Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Maahad Al-Islah, Teluk Intan, Agus Lokman Sulam serta bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPK, Mohd Zulkhairi Mohd Nor.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak sampaikan anugerah pendidikan 124 penerima anugerah pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Perak JAIPk pelancaran manual MUKMIN Perak Anugerah Pendidikan Islam Perak 2026, Majlis Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak, anugerah pendidikan Islam negeri Perak Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Khas Pendidik kepada Agus Lokman Sulam pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OKTOBER 2026.

Sementara itu pada majlis sama, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan pelancaran buku Manual Urus Keselamatan Makanan dan Halal bagi Institusi Pendidikan Islam Negeri Perak (MUKMIN Perak).

Manual itu merupakan dokumen panduan rasmi bagi menangani isu keselamatan makanan serta pematuhan standard halal di semua peringkat Institusi pendidikan Islam di negeri Perak.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak sampaikan anugerah pendidikan 124 penerima anugerah pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Perak JAIPk pelancaran manual MUKMIN Perak Anugerah Pendidikan Islam Perak 2026, Majlis Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak, anugerah pendidikan Islam negeri Perak Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (dua, kanan) berkenan melancarkan Manual Urus Keselamatan Makanan dan Halal Institut Pendidikan Islam Negeri Perak (MUKMIN) ketika berangkat ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 OKTOBER 2026.

Ia dihasilkan menerusi kolaborasi antara Jabatan Kesihatan Negeri dan JAIPk dengan antara lain bertujuan menangani isu keracunan makanan serta memberi jaminan terhadap aspek keselamatan dan halal.

Manual MUKMIN Perak itu disasarkan kepada semua ekosistem penyediaan makanan di institusi pendidikan Islam negeri termasuk pihak pentadbiran dan pengurusan sekolah, warga kerja dan penyelia asrama serta pengusaha kantin, tukang masak, dan pembekal bahan mentah. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan sampaikan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI