MGPerak: Nahas Jerantut: Lima Sekeluarga Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

88

Jenazah lima sekeluarga termasuk empat beradik yang terbabit nahas jalan raya di Kilometer (km) 7, Jalan Jerantut–Maran di Pahang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota dekat sini, pada Ahad.

Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, serta adik kepada Nur Arfiqah, iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 1.45 pagi.

Terdahulu, van yang membawa jenazah mereka bergerak dari Hospital Jerantut tiba di Masjid Jamek Bota Kanan, dekat sini pada jam 12.30 tengah malam sebelum disolatkan kira-kira 300 jemaah. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini