MGPerak: Nahas Jerantut: Kerajaan Perak Hulur Bantuan Kepada Keluarga

61

Kerajaan Negeri Perak akan menghulurkan bantuan susulan kepada keluarga mangsa nahas jalan raya di Kilometer 7, Jalan Jerantut–Maran, Pahang yang meragut nyawa lima sekeluarga termasuk empat beradik.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah segera bagi meringankan beban keluarga berkenaan sebagai tanda keprihatinan.

Katanya, antara usaha yang dilakukan termasuk meminta agar proses penyaluran skim perlindungan takaful kematian pelajar di bawah Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) melibatkan salah seorang mangsa, Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17, dapat disegerakan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini