GERIK – Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kilometer (km) 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli di sini, Isnin lalu.
Tertuduh, Mohd Amirul Fadhil Zulkifli, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan selepas kesemua 15 pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa memandu bas jenis Hino dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian kepada 15 individu. – MGPerak