MGPerak: Sultan Nazrin Rasmi Dataran Waterfront Bagan Datuk

47

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Dataran Waterfront Bagan Datuk, di sini, pada Selasa.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba pasangan diraja itu disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sebaik Sultan Nazrin melafaz serta menyempurnakan gimik perasmian dan menandatangani plak, hadirin seterusnya dipersembahkan dengan persembahan montaj sejarah Bagan Datuk. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini