Polis akan mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi menyiasat punca sebenar bunyi letupan dan gegaran kuat dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini pada Rabu dalam masa terdekat.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, berdasarkan kepada laporan awal setakat ini pihaknya masih belum menemukan punca sebenar kejadian itu. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak