Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Biro Jenayah Hidupan Liar) Bukit Aman, Mohammad Azlin Sadari secara rasmi menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner, pada Khamis.
Mohammad Azlin, 52, dilantik jawatan itu bagi menggantikan Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat yang bersara wajib pada 23 Jun depan.
Majlis serah terima tugas antara Zulkafli dan Mohammad Azlin itu disaksikan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin di Mes Pegawai Kanan Polis Perak, dekat sini, pada Khamis. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak