Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang guru yang mencetuskan kontroversi dengan membuat hantaran jelik di media sosial berkaitan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas di Gerik, minggu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, ia sedang dilengkapkan termasuk menunggu laporan perubatan guru terbabit sebelum ia dapat dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Katanya, setakat ini, polis telah merakam percakapan guru terbabit serta merampas telefon bimbit lelaki terbabit bagi siasatan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak