MGPerak: IIAF 2025 Bukti Komitmen Kerajaan Perak Perkasa Industri Kreatif

59

Festival Seni Antarabangsa Ipoh (IIAF 2025) bertemakan, ‘Gema: Seni, Penyembuhan dan Masa Depan’ meneruskan misi bagi menjadikan bandar raya ini sebagai destinasi utama penganjuran seni kontemporari di peringkat serantau dan antarabangsa.

Program kali keempat anjuran agensi kreatif di bawah Kerajaan Negeri Perak, Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) itu menghimpunkan kira-kira 100 seniman, penggiat seni visual, pemuzik dan pengamal budaya dari dalam dan luar negara.

Selain Malaysia, negara luar yang turut menyertai festival itu adalah Amerika Syarikat, Perancis, Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia dan Belanda. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini