Razarudin seorang pemimpin tegas, berprinsip – Mohd Khalid

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tegas, berprinsip dan menolak budaya mentadbir secara selesa tanpa turun padang.

Penghormatan itu disuarakan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam satu majlis gilang-gemilang sempena persaraan Razarudin yang berlangsung di sebuah hotel di Subang Jaya, malam tadi.

“Lebih membanggakan, figura hebat ini turut cemerlang dalam sukan berkuda dan berjaya mengharumkan nama PDRM di pentas sukan yang berprestij itu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis Malam Mes PDRM itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Mes Pegawai Kanan PDRM bertemakan Legasi Kepimpinan, Inspirasi Sepanjang Zaman, selaras dengan kewibawaan, profesionalisme dan aura kepimpinan yang ditunjukkan oleh Razarudin sepanjang hampir 43 tahun menabur bakti dalam pasukan.

Turut diraikan dalam majlis penuh istiadat kepolisan itu ialah isteri Razarudin, Datuk Zainah Othman.

Kedua-duanya diraikan oleh Mohd Khalid selaku Yang Dipertua Mes PDRM dan isterinya, Munirah Che Rose yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia (Perkep).

Majlis turut diserikan dengan tayangan dua video khas yang memaparkan perjalanan hidup dan kerjaya Razarudin, bermula sebagai anak anggota polis hingga berjaya menyandang jawatan nombor satu dalam pasukan keselamatan itu.

Hadir sama, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Ketua-Ketua Polis Negeri, para pesara PDRM serta ahli keluarga terdekat Razarudin. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI