TUDM perlu relevan dengan konflik global semasa – Norazlan

SUBANG – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-21, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris menegaskan kepentingan untuk menyesuaikan hala tuju dan keupayaan TUDM dengan landskap keselamatan global yang semakin mencabar.

Konflik geostrategik antarabangsa seperti peperangan antara Rusia dan Ukraine, ketegangan India-Pakistan serta konflik berterusan di Timur Tengah seperti Iran-Israel.

Ini menjadi pengajaran penting buat negara dalam memperkukuh sistem pertahanannya khususnya dari segi keupayaan udara.

“Kalau kita tengok dalam geostrategik antarabangsa, banyak perkara berlaku. Apa yang kita belajar daripada konflik-konflik ini ialah kita perlu lihat semula sama ada perancangan dan hala tuju kita.

“Ini termasuk dalam CAP55 (Capability Development Plan 2055) adalah selari dengan persekitaran semasa. Jika perlu penyesuaian, kita akan lakukan. Kita perlu kekal relevan dengan keadaan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Upacara Kenaikan Pangkat Muhamad Norazlan sebagai Jeneral dan Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Udara Ke-20 di Pangkalan Udara Subanh di sini hari ini.

Kepimpian beliau akan memberikan fokus kepada tiga teras penting iaitu pemerkasaan keupayaan, pemodenan aset serta pembangunan modal insan.

“Kita tidak hanya menggantikan aset lama dengan yang baharu tetapi juga meningkatkan keupayaan secara keseluruhan.Latihan dan pengoperasian perlu diberi fokus utama agar aset-aset yang diperoleh dapat dioptimumkan ke tahap maksimum,” tambahnya.

Selain itu, beberapa inisiatif penting akan dilaksanakan sepanjang tempoh beliau menerajui TUDM namun perkara tersebut akan diperincikan dalam perintah ulung beliau yang dijadualkan pada minggu hadapan iaitu 3 Julai 2025.

“Ada beberapa perkara yang akan saya laksanakan dalam masa saya menjadi Panglima nanti dan akan saya nyatakan dalam perintah ulung pada 3 Julai nanti,” ujarnya kepada media.

Muhamad Norazlan juga menegaskan pelan pembangunan jangka panjang CAP55 akan diteruskan bersama kepimpinan baharu TUDM demi memastikan TUDM kekal sebagai kuasa udara yang unggul dan kredibel. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI