LUMUT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa UMNO tidak akan bertanding solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, sebaliknya tetap menggunakan bersama gabungan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, UMNO akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU nanti.
Tambahnya, kekalahan UMNO dalam pilihan raya sebelum ini adalah berpunca daripada keputusan bertanding secara bersendirian tanpa gabungan kukuh. – MGPerak