MGPerak: Enam Pertubuhan, JPKK Kampung Baru Terima Dana Pemerkasaan

32

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyalurkan peruntukan berjumlah RM185,000 kepada dua pertubuhan dan empat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Baru Cina bagi tujuan pembangunan setempat tahun ini.

Pertubuhan dan JPKK yang menerima peruntukan itu ialahPersatuan Rimba Kuala Sepetang Taiping yang menerima RM30,000; Pertubuhan Kebudayaan Dan Kesenian Timur Pangkor (RM50,000); JPKK Liman Kati (RM15,000); JPKK Matang (RM30,000); JPKK Bercham (RM30,000) serta JPKK Menglembu (RM30,000)

Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong berkata, peruntukan itu disalurkan melalui geran Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina yang melibatkan 20 permohonan tahun ini. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini